Sunday, 27 November 2011

Membina Model 3D

CoNtoH RaNcaNgan PeNgajaRan HaRian
MemBina MoDel 3D


*************************************************************



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)


Matapelajaran                         :           Matematik
Kelas                                       :           1  Tuah
Tarikh                                      :           11.11. 2011
Bilangan Murid                        :           25  orang
Topik                                       :           Ruang
Standard Kandungan              :           Murid dibimbing untuk  :
                                                            Mengenal pasti bentuk 3 dimensi (3D)

Standard Pembelajaran          :           Murid berupaya untuk  :
                                                            iii) Membina model 3D dan menerangkannya.

Bahan Bantu Belajar               :           Contoh Model 3D yang telah siap, lembaran kerja, gunting,   
                                                            gam, kertas A4, kit bentuk 3D.





Fasa

Cadangan Aktiviti

Cadangan Komunikasi

  1. Persediaan

            Pemerhatian
            dan analisis

  1. Mempamerkan contoh model 3D di hadapan kelas
  2. Menerangkan dan menyoal murid :
1)    Model 3D yang kamu lihat ini seperti apa?
2)    Boleh beritahu cikgu apa bentuk 3D yang cikgu gunakan?
3)    Ada berapa kubus, silender dan kuboid ?


Murid memberi perhatian dan menjawab :
1)    Robot.
2)    Kubus,  kuboid dan silender.
3)    1 kubus, 2 silender dan 4 kuboid.
Guru memberi maklum balas :
-       Cikgu guna 1 kubus untuk kepala, 1 kuboid untuk badan, 2 kuboid untuk kaki dan 2 kuboid  untuk tangan.

  1. Imaginasi
Penjanaan Idea dan
Sintesis Idea


  1. Perkukuhkan kemahiran murid dengan melakukan aktiviti seperti contoh di bawah :



1)    Mengedarkan lembaran kerja yang mempunyai rajah beberapa bentuk 3D, gunting, gam dan kertas A4 kepada setiap murid.
2)    Guru memberi arahan :
i)              Guntingkan bentuk-bentuk 3D yang diberi tadi.
ii)      Gabungkan bentuk-bentuk tersebut supaya menjadi robot.
iii)     Akhir sekali, gam dan tampal pada lembaran kerja 1  yang diberikan.
3)    Guru membimbing dan memantau aktiviti yang dijalankan.
4)    Membuat penilaian hasil kerja murid iaitu memberi peneguhan positif



Murid mendengar arahan dengan teliti terlebih dahulu sebelum membuat apa yang disuruh.

Memastikan hasil gabungan bentuk-bentuk menjadi rupa robot.

Menampal dengan betul gabungan bentuk tadi.

Memilih hasil kerja murid secara rawak untuk ditunjukkan kepada kelas.

  1. Perkembangan dan Penambahbaikan

  1. Aktiviti dalam kumpulan ( 5 kumpulan )
  2. Setiap kumpulan diedarkan polistren bentuk-bentuk 3D .
  3. Setiap kumpulan dikehendaki membina model kereta berdasarkan bentuk-bentuk 3D tersebut.
  4. Menyatakan jenis dan bilangan bentuk 3D yang digunakan.
  5. Melengkapkan lembaran kerja 2 daripada model yang dibina.

Mendengar arahan dengan teliti.
Menghasilkan model kereta dengan betul.
Kumpulan yang dipilih hendaklah memberi penerangan bentuk 3D dan bilangan yang digunakan.
-       Kumpulan saya menggunakan 4 sfera, 1 kuboid dan 1 kubus untuk membina model kereta.

Tindakan

a. Edarkan lembaran kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 kepada
    setiap murid.
b. Bincangkan hasil kerja murid.

Selesaikan tugasan yang diberi.

Pentaksiran

Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran
Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2.

Murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke
kemahiran berikutnya.


Nilai dan Sikap

Terapkan sifat bekerjasama semasa menjalankan aktiviti berkumpulan.

Menyusun Objek Mengikut Pola

MeNyuSun ObJek MenGikuT Pola


*****************************************************************

(i) Menyambung titik-titik lukisan 3D
************************************************

(ii) Mewarnakan bentuk 3D berdasarkan soalan/arahan


KUBOID : BIRU
KUBUS : MERAH
KON : KUNING
PIRAMID : UNGU
SILINDER : MERAH JAMBU
SFERA : COKLAT



Ciri-Ciri Bentuk Tiga Dimensi

MemeRiHaLkan pErMukaaN, SiSi daN BuCu BeNtuK 3D



*******************************************************************


BENTUK
PERMUKAAN
SISI
BUCU


KUBOID


6

12

8


KUBUS

6

12

8
KON
1 permukaan melengkung
1 permukaan rata


0

1
PIRAMID TAPAK SEGI EMPAT SAMA




5



8



5
SILINDER

1 permukaan melengkung
2 permukaan rata



0


0
SFERA



1 permukaan melengkung


0

0

Menamakan Bentuk Tiga Dimensi



MeNamAkan BenTuk 3D




***********************************************************
KUBOID
                     ***********************************************************
KUBUS

***********************************************************


KON

***********************************************************

PIRAMID TAPAK
SEGI EMPAT SAMA

***********************************************************


SILINDER

***********************************************************

SFERA

***********************************************************

Saturday, 26 November 2011

Bentuk 3 Dimensi

mENgEnALi bENtUK 3D

(i)  Menamakan bentuk kuboid, kubus, kon, piramid tapak segiempat samasilinder dan sfera. 

(ii) Memperihalkan permukaan, sisi dan bucu bagi bentuk 3D. 

(iii) Menyusun objek mengikut pola. 

(iv) Membina model 3D dan menerangkannya.